Setiap manusia pernah melakukan kesalahan. Kesalahan, kekhilafan adalah fitrah yang melekat pada diri manusia.
Rasulullah
saw bersabda: "Setiap manusia pernah melakukan kesalahan, dan
sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat
kepada Allah SWT".
Ini bererti bahwa manusia yang baik
bukan orang yang tidak pernah berbuat salah, sebab itu mustahil kecuali
Rasulullah SAW yang ma’shum (sentiasa dalam bimbingan Allah SWT).
Tetapi, manusia yang baik adalah manusia yang menyedari kesalahannya dan
segera bertaubat kepada-Nya. Dalam Islam, mampu memaafkan kesalahan
orang lain merupakan salah satu ciri orang yang bertaqwa (muttaqin).
Allah
SWT berfirman: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu,
Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang
disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Yaitu orang-orang yang
menafkahkan hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang-orang
yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah
menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."
(QS. Al-Imran: 133-134).
Ibnu
Qudamah dalam Minhaju Qashidin menjelaskan bahawa makna memberi maaf di
sini ialah sebenarnya engkau mempunyai hak, tetapi engkau
melepaskannya, tidak menuntut qishash atasnya atau denda kepadanya.
Quraish Shihab dalam Membumikan Al-Quran menjelaskan: Kata maaf berasal
dari bahasa Al-Quran alafwu yang berarti "menghapus", iaitu yang
memaafkan menghapus bekas-bekas luka di hatinya. Bukanlah memaafkan
namanya, apabila masih ada tersisa bekas luka itu didalam hati, bila
masih ada dendam yang membara.
Boleh jadi, ketika itu apa yang
dilakukan masih dalam tahap "masih menahan amarah". Usahakanlah untuk
menghilangkan noda-noda itu, sebab dengan begitu kita baru boleh
dikatakan telah memaafkan orang lain. Islam mengajak manusia untuk
saling memaafkan. Dan memberikan posisi tinggi bagi pemberi maaf. Kerana
sifat pemaaf merupakan sebahagian dari akhlak yang sangat luhur, yang
harus di ikuti bagi seorang Muslim yang bertakwa.
Allah swt berfirman: "...Maka barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah."
(Q.S.Asy-Syura : 40).
Dari Uqbah bin Amir, dia berkata:
"Rasulullah
SAW bersabda, "wahai Uqbah, bagaimana jika ku beritahukan kepadamu
tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah
engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan
hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu
memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu."
(HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).
Al-Quran
memang menetapkan, bahawa seseorang yang diperlakukan secara zalim
diizinkan untuk membela diri tapi bukan didasarkan balas dendam.
Pembelaan diri dilakukan dengan penuh simpati seraya menunjukan perangai
yang luhur, bersabar, memaafkan dan toleran. Ketika Matsah yang
dibiayai hidupnya oleh Abu Bakar menyebarkan gosip yang menyangkut
kehormatan puterinya, Aisyah yang juga isteri Nabi.
Abu Bakar
bersumpah tidak akan membiayainya lagi. Tapi, Allah melarangnya sambil
menganjurkan untuk memberika maaf dan berlapang dada.
(Q.S.
an-Nur : 22). Dari ayat ini ternyata ada tingkatan yang lebih tinggi
dari alafwu (maaf), aitu alshafhu. Kata ini pada mulanya bererti
kelapangan. Darinya dibentuk kata shafhat yang bererti lembaran atau
halaman, serta mushafahat yang bererti berjabat tangan. Seorang yang
melakukan alshafhu seperti anjuran ayat diatas, dituntut untuk
melapangkan dadanya sehingga mampu menampung segala ketersinggungan
serta dapat pula menutup lembaran lama dan membuka lembaran baru.
AlShafhu
yang digambarkan dalam bentuk jabat tangan itu, menurut Al-Raghib
al-Asfahaniy "lebih tinggi nilainya" dari pada memaafkan. Dalam alshafhu
dituntut untuk membuka kembali lembaran baru dan menutup lembaran
lama." Let’s gone be by gone (yang lalu biarlah berlalu) bangunkan
kembali masa depan dengan semangat yang baru. Kita selalu lupa, hanya
kerana kesalahan yang telah dibuat orang lain, kita melupakan semua
kebaikan yang pernah dibuatnya. Untuk itu, kita juga harus memperlakukan
semuanya secara seimbang.
Yang terbaik buat kita hari ini adalah
bersama-sama bangun kembali dengan semangat baru, ketulusan hati dan
semangat persaudaraan. Jangan ada yang berkata: "Tiada maaf bagimu".
Ahli hikmah mengatakan: Ingatlah dua hal dan lupakanlah dua hal.
Lupakanlah kebaikanmu kepada orang lain dan lupakanlah kesalahan orang
lain kepadamu.
Wallahu a’lam...
No comments:
Post a Comment